Kami menyedari bahawa pengiklanan digital boleh menjadi rumit, tetapi kami berpendapat ia tidak semestinya begitu. Kami berusaha untuk menyampaikan amalan iklan kami secara ringkas dan terus terang.
Kami membina TikTok sambil menitikberatkan privasi agar komuniti kami boleh meneroka, mencipta dan menikmati pelbagai kandungan yang menghiburkan dengan yakin. Kami berusaha untuk bersikap telus dengan pengguna kami tentang cara kami mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi data untuk pengiklanan.
Perniagaan memaparkan iklan di TikTok untuk menjangkau orang yang penting bagi mereka secara kreatif dan bermakna. Ciri ini membantu memastikan penggunaan TikTok percuma bagi komuniti kami.
Anda akan melihat pelbagai jenis iklan apabila anda menggunakan TikTok. Semua iklan TikTok yang dibayar untuk diletakkan pada suapan pengguna atau halaman carian adalah ditandai secara jelas dengan ikon "Ditaja" atau "Iklan." Anda boleh berinteraksi dengan iklan sama seperti kandungan yang disiarkan oleh pengguna. Sebagai contoh, anda boleh berkongsi, menyukai, memberi komen atau memainkan semula iklan jika pengiklan mendayakan ciri ini untuk iklan tertentu; anda juga boleh melaporkan iklan jika anda mendapati iklan tersebut tidak sesuai.
Dasar Iklan TikTok menentukan jenis produk dan perkhidmatan yang boleh diiklankan pada TikTok, selain daripada jenis kandungan pengiklanan yang dilarang atau disekat di platform kami.
Kami menginginkan pengiklanan yang meningkatkan pengalaman TikTok anda. Untuk mencapai tujuan ini, TikTok memaparkan kepada anda iklan yang menggunakan maklumat yang anda berikan, yang kami kumpulkan secara automatik tentang anda apabila anda menggunakan TikTok atau yang dikongsi oleh pengiklan dan rakan kongsi pengukuran tentang anda.
Maklumat umum berikut mungkin akan digunakan untuk memaparkan iklan diperibadikan atau tidak diperibadikan kepada anda.
Maklumat tambahan berikut mungkin digunakan untuk memaparkan kepada anda iklan yang diperibadikan, bergantung pada pilihan pemeribadian anda.
Terdapat beberapa cara perkongsian maklumat yang dilakukan oleh rakan kongsi dengan kami:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis data yang boleh digunakan untuk menyampaikan iklan, sila lihat Dasar Privasi kami. Sila ambil maklum bahawa TikTok menggunakan maklumat yang dikongsi oleh rakan kongsi Pengiklan, pengukuran dan lain-lain, hanya jika mereka bersetuju untuk mematuhi terma kami yang melindungi privasi anda. Anda hendaklah menyemak dasar privasi yang terpakai apabila anda berinteraksi dengan mana-mana laman web dan pengiklan.
Kami membantu pengiklan mengukur keberkesanan iklan mereka di TikTok, seperti sama ada iklan apl permainan menghasilkan lebih banyak muat turun apl mereka. Untuk berbuat begini, kami berkongsi maklumat tentang tontonan atau interaksi anda dengan iklan dengan rakan kongsi pengukuran pengiklan kami, iaitu syarikat yang membantu pengiklan memahami cara iklan mereka mencapai objektif pemasaran mereka. Rakan kongsi pengukuran tidak dibenarkan untuk menggunakan atau berkongsi data sedemikian untuk sebarang tujuan lain. Pengiklan juga berkongsi tindakan anda di apl atau laman web mereka atau di kedai mereka dengan rakan kongsi ini, yang kemudiannya akan menentukan sama ada tindakan ini hendaklah diakui sebagai kesan iklan yang anda lihat di TikTok. Proses ini akan memastikan pengiklanan di TikTok relevan dan memastikan TikTok boleh digunakan secara percuma oleh semua pengguna.
Kami menyediakan produk dan maklumat untuk membantu orang memahami cara pengiklanan di TikTok berfungsi – termasuk penggunaan data untuk menunjukkan iklan kepada anda dan pihak yang membayar kos iklan yang anda lihat.
Dengan ciri "Perihal iklan ini," anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang cara suatu iklan diperibadikan menggunakan pelbagai maklumat penyasaran yang dipilih oleh pengiklan, seperti maklumat lokasi, julat usia, maklumat jantina yang dijangka, minat yang dijangka dan maklumat tingkah laku anda berdasarkan aktiviti dalam dan luar TikTok anda. Sebagai contoh, anda mungkin melihat iklan tentang mainan anjing jika anda berinteraksi dengan video bertanda pagar "anjing" atau melawati laman web kedai haiwan peliharaan yang memasang TikTok Pixel. Anda boleh mengklik butang kongsi di bawah bahagian kanan iklan atau tekan lama video iklan untuk mencari "Perihal iklan ini."
Untuk menyediakan tahap ketelusan lebih tinggi kepada anda tentang pihak yang membayar kos iklan yang anda lihat, kami telah menyertakan pendedahan "Perihal pengiklan" dalam "Perihal iklan ini." Anda akan dapat melihat nama pengiklan, orang yang membayar kos iklan jika ia berlainan daripada pengiklan tersebut (yang mungkin diterjemahkan jika berkenaan), nama negara yang didaftarkan dengan TikTok oleh pengiklan dan alat kawalan untuk membisukan iklan oleh pengiklan tersebut buat suatu tempoh masa.
Untuk membantu anda mengawal pengalaman pengiklanan anda di TikTok, kami menawarkan beraneka alatan dalam "Tetapan dan privasi" agar anda boleh menyesuaikan iklan diperibadikan yang anda lihat.
Dalam "Iklan," anda boleh mengurus cara kami menggunakan data untuk menyesuaikan iklan untuk anda. Seperti yang diterangkan di bawah, tetapan ini mungkin berbeza mengikut rantau.
Walaupun anda tidak boleh memilih untuk tidak melihat semua iklan di TikTok, anda boleh mempengaruhi jenis iklan yang anda lihat dengan memberikan maklum balas kepada TikTok tentang suatu iklan atau pengiklan.